Pages

misteri saka turun temurun (18PG)

Akhirnya Haji Mustafa sampai juga ke rumah Ahmad. Setelah lama beliau menyatakan hajatnya untuk ke rumah itu kepada Ahmad barulah sampai pada petang yang dingin ini. Motosikalnya ditongkat cermat. Angin pula bertiup perlahan. Sejuknya hingga tulang menaikkan bulu roma sesiapa yang lalu lalang di depan rumah usang warisan keluarga Si Ahmad itu.

Kedatangan beliau disambut mesra Ahmad dan Tijah, isterinya. Haji Mustafa naik ke anjung rumah tetapi tidak berani memasuki dalam rumah.

"Aku ni bukan apa Ahmad." Haji Mustafa memulakan percakapan setelah duduk. "Aku tengok dah lama korang macam ni korang sedar tak sebenarnya" tambahnya lagi.

Ahmad menoleh ke isterinya. Tijah pula membalas pandangan Ahmad dengan menaikkan bahunya tanda 'tak tahu'. Kedua-duanya menggeleng kepala serentak.

"Aku tahu kamu berdua mesti kompius, tapi jangan terkejut. Apa yang aku nak beritahu ni bukanlah sesuatu yang memeranjatkan."

"Tuan Haji nak cakap ape sebenarnya terus teranglah." kata Ahmad. Tijah pula mencelah, "Saya minta diri dulu ya Tuan Haji, nak ke belakang sekejap."

"Tak payah susah2 Tijah oi. Aku ni singgah kejap je. Tadi pun dah minum kopi kat kedai janda tu"

Tijah tidak mengendahkan kata2 Haji Mustafa kerana beliau ingin terkencing, bukan nak buat kopi. So, dia terus ke belakang.

"Tadi masa aku nak datang ada kucing hitam melintas, pastu dia follow aku. Lepas dekat ngan rumah korang ni, dia berhenti. Lepas tu aku tengok kucing tu kuis2 tanah kat depan tu. aku tengok lain macam je Mat kucing tu. Kut2 korang tau ke pasal ada sesapa tanam barang ke kat sana?"

"Takde pulak" kata Ahmad. Isterinya pula datang dari belakang membawa kopi. "Saya pun tak tahu Tuan Haji. Maybe kucing jiran tu yang tuan sebut."

"Takpelah camni. Aku terus terang jelah ye. Sebenarnya korang tau tak pasal saka keturunan nenek moyang korang. Sekarang benda tu ada pada badan korang tau."

Ahmad terbeliak matanya. air kopi dalam mulutnya tersembur sedikit ke dalam cawan semula. Tijah pulak lemah segala sendi bagai nak pengsan.

"Kat Ahmad ada 2, kat Tijah pun ada 2" Haji Mustafa meneruskan perbualan sambil menghirup kopi. (Ai tadi tak nak apekehalnye)

"Tuan Haji jangan main2 benda camni"

"Aku serius. Buat ape aku nak bohong Mat"

Dipendekkan cerita, setelah berborak barang seminit dua, Haji Mustafa pun meminta diri. beliau berjanji akan cuba menyelesaikan masalah yang membelenggu keluarga Si Ahmad dengan kadar segera...





























"Oppsss.. nanti dulu Tuan Haji jangan balik dulu. Saya nak tanya sedikit"

Haji Mustafa sambil menegakkan motosikalnya dan menghidupkan enjin. "Cakaplah!"

"Tuan Haji tau ke ape benda yang melekat kat badan kami tu. Lagi 1 kalau Tuan Haji terer sangat tolongla buang benda yang orang tanam kat depan rumah ni"

ini yang Haji Mustafa jawab. pastu dia blah membiarkan Ahmad dan isterinya melopong.

Haji Mustafa wrote:
Dua benda yang menghantui kamu ialah tengkorak dalam kepala kamu dan jari tengah kamu atau lebih dikenali sebagai jari hantu. kucing tu pulak cuma berak. korang sendiri la alihkan taik dia.

1 comments:

makcik vogue :D said...

haha xley blah !

Post a Comment