Pages

TEMBERANG SI NUJUM

KHALIFAH Ali bin Abu Talib Karramahullah wajhah sudah bersiap sedia berangkat ke Nahrawan bersama sejumlah tenteranya untuk memerangi musuh. Tiba-tiba datang seorang ahli nujum memberikan nasihat kepada beliau.
"Wahai Amirul Mukminin! Ada suatu perkara yang ingin saya sampaikan kepada tuan." kata si tukang nujum.
"Perkara apa?" tanya Khalifah Ali.
"Saya nasihatkan agar tuan segera berangkat, jangan sampai lewat petang."
"Mengapa?"
"Kerana kalau tuan berangkat pada waktu tersebut, sesuatu yang tidak baik akan menimpa tuan dan tentera tuan dan boleh menimbulkan bahaya besar." kata si nujum.
"Kuda ini sedang mengandung, dapatkan kamu menentukan jantinanya?" tanya Ali sambil menunjuk pada seekor kuda betina.
"Tahu juga, tapi hanya mengagak-agak saja." jawab si nujum.
"Heh.....jika ada orang membenarkan ramalanmu itu, beerti dia telah mendustakan Al-Quran." jawab Khalifaj Ali. Ketika itu juga Khalifah Ali bin Abu Talib memperingatkan orang ramai agar jangan sekali-kali percaya pada perkataan tukang nujum, kerana ia hanya dusta dan mengagak-agak belaka. Tidak ada yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah sahaja.
Kemudian Khalifah memalingkan mukanya kepada tukang nujum dan mencabarnya: "Kami akan berbuat yang berlawanan dengan nasihatmu. Kami akan berangkat pada masa-masa yang engkau larang tersebut."
Si tukang nujujm merasa malu kerana salah sasaran dalam memberi ramalan. Khalifah Ali bersama pasukannya pun berangkat pada masa yang dilarang si nujum, ternyata memperolehi kejayaan yang besar.

0 comments:

Post a Comment