Pages

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup )

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Mei 2010 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)

dan...


80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....

Tukar Template

Ini ler rupa blog aku yang baru, ehsan dari muncet , tajuk atas tu pun rase nak tukar, pikir dulu la nanti,

amacam, ok tak korang rasa...........

BERPERANG DENGAN TEBUAN

KEBERHASILAN Sunan Giri menyebarkan agama Islam di Tanah Jawa telah menimbulkan sakit hati raja Kertabumi daria Majapahit yang masih beragama Hindu. Raja Hindu ini pernah mengerahkan pasukannya untuk menyerang pondok yang didirikan Sunan Giri, tapi gagal.

Apabila Sunan Giri wafat, dendam kesumat Kertabumi masih belum padam. Dia telah mengerahkan askar-askarnya agar menyerang perkampungan Sunan Giri dan memporak perandakan pondok peninggalan Sunan Giri. Mereka bersumpah akan melampiaskan dendamnya dengan membongkar kubur Sunan Giri dan memijak-mijak tulang belulangnya. Apabila mereka telah berada diluar kubur para wali itu, tiba-tiba sekumpulan tebuan datang menyerang dengan ganasnya. Askar-askar Majapahit yang telah disengat tebuan menjerit kesakitan dan minta tolong. Dalam masa sekejap saja, kawasan sekitar kubur Sunan Giri telah dipenuhi dengan pekikan yang membisingkan. Jumlah tebuan pun semakin banyak. Akhirnya mereka lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri sambil mengibas-ngibaskan keris dan tombaknya untuk menangkis serangan pasukan tebuan, tapi adalah sangat sukar bagi mereka menghadapi tebuan dengan keris atau parang.

Dengan demikian maksud mereka untuk membongkar kubur Sunan Giri gagal. Malah sebagai ganjarannya, mereka telah mendapat lebam-lebam di muka masing-masing. Betul-betul padan muka.

TEMBERANG SI NUJUM

KHALIFAH Ali bin Abu Talib Karramahullah wajhah sudah bersiap sedia berangkat ke Nahrawan bersama sejumlah tenteranya untuk memerangi musuh. Tiba-tiba datang seorang ahli nujum memberikan nasihat kepada beliau.
"Wahai Amirul Mukminin! Ada suatu perkara yang ingin saya sampaikan kepada tuan." kata si tukang nujum.
"Perkara apa?" tanya Khalifah Ali.
"Saya nasihatkan agar tuan segera berangkat, jangan sampai lewat petang."
"Mengapa?"
"Kerana kalau tuan berangkat pada waktu tersebut, sesuatu yang tidak baik akan menimpa tuan dan tentera tuan dan boleh menimbulkan bahaya besar." kata si nujum.
"Kuda ini sedang mengandung, dapatkan kamu menentukan jantinanya?" tanya Ali sambil menunjuk pada seekor kuda betina.
"Tahu juga, tapi hanya mengagak-agak saja." jawab si nujum.
"Heh.....jika ada orang membenarkan ramalanmu itu, beerti dia telah mendustakan Al-Quran." jawab Khalifaj Ali. Ketika itu juga Khalifah Ali bin Abu Talib memperingatkan orang ramai agar jangan sekali-kali percaya pada perkataan tukang nujum, kerana ia hanya dusta dan mengagak-agak belaka. Tidak ada yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah sahaja.
Kemudian Khalifah memalingkan mukanya kepada tukang nujum dan mencabarnya: "Kami akan berbuat yang berlawanan dengan nasihatmu. Kami akan berangkat pada masa-masa yang engkau larang tersebut."
Si tukang nujujm merasa malu kerana salah sasaran dalam memberi ramalan. Khalifah Ali bersama pasukannya pun berangkat pada masa yang dilarang si nujum, ternyata memperolehi kejayaan yang besar.

Tm Point punya hal



minah dalam gambar nie, bukan minah yang dimaksudkan




Hari nie, hari ketiga pergi ke tm point kuantan, nak reg. streamyx punya pasal, kali pertama pergi jumaat 9/04/10 dia nak no tpon jiran sebelah, kali kedua g khamis 15/04/10 reg apa semua, ingat dah ok, balik umah tgk balik kertas yang minah tm point tu kasik, aduhh..... silap ejaan nama ngan alamat umah la lak, so hari nie 23/04/10 gi balik dah betulkan semua, dan kena tunggu 5 hari lagi, menyirap je darah muda nie, terpaksa la menumpang wireless unsecured jiran lagi, letihnya mcm nie...............

AKIBAT KHIANAT

SEPULUH orang wali sedang mengadakan majlis zikir di tepi pantai. Apabila masuk waktu silak Isyak, salah seorang di antara mereka melaungkan azan dan kemudian menerjakan solat jamaah, berwirid dan berdoa. Salah seorang di antaranya bangun dan turun ke laut. Sebentar kemudian, dia datang dengan membawa sepuluh ekor ikan yang siap dibakar. Kemudian salah seorang yang lain berdiri dan membagi-bagikan ikan bakar itu kepda jamaah dengan mendapat seekor seorang. Sedang yang membagi sendiri telaah mengambil bahagian seekor yang paling besar.

Selepas menikmati makan malam, para wali itu meneruskan wiridnya masing-masing sehingga masuk waktu Subuh. Salah seorang bangun melaungkan azan, iqamat dan kemudian mengerjakan solat Subuh dengan berjamaah.

Setelah selesai solat Subuh, para wali itu melipat sajadahnya masing-masing, lalu pergi dengan berjalan di atas air. Mereka dengan mudah berjalan di atas air seperti berjalan di atas tanah. Wali yang bertugas membagi-bagikan ikan dan telah memperuntukkan untuk dirinya seekor ikan besar itu, turut juga berjalas di atas air. Akan tetapi, sebentar kemudian tiba-tiba dia karam ke dalam laut. Maka basahlah semua pakaianya dan dia tercungap-cungap menuju pantai.

Berkata para wali lain yang melihatnya: "Wahai Fulan! Ketahuilah bahawa barangsiapa yang khianat di antara kita, bukanlah dari golongan kita."

NENEK TIDAK ADA DI DALAM SYURGA

RASULLULLAH S.A.W pernah juga berjenaka, sehingga membuat seorang nenek menangis kerana khuatir tidak masuk syurga. Nenek tersebutadalah dari golongan Ansar telah datang kepada Rasulullah S.A.W dan minta didoakan.

"Wahai Rasulullah! Tolong doakan saya kepada Allah, agar saya dimasukkan ke dalam syurga." kata si nenek.

"Wahai nenek, di syurga nanti tidak ada orang tua seperti nenek." kata raulullah

Mendengar itu, si nenek menangis tersedu-sedu kerana menyangka dirinya tidak akan masuk syurga. Padahal yang dimaksudkan oleh Rasulullah adalah lain.

"Nenek tidak perlu bersedih hati. Kerana yang saya maksudkan adalah semua orang yang masuk syurga nanti akan kembali ke usia muda semula, termasuk nenek juga." kata Rasulullah menerangkan.

Barulah si nenek merasa gembira dan mengelap air matanya yang membasahi pipinya yang sudah tua itu.

MANAT DAN BANGKAI ANJING

Walaupun usianya telah lebih enam puluh tahun, tapi Amr bin Jamuh salah seorang pemimpin Madinah zaman Jahiliah masih tetap setia kepada tuhan berhalanya. Sedangkan orang-orang Islam di tangan Mus`ab bin Umair. Isteri Amr sangat kasihan melihat suaminya yang masih rajin membungkuk-bungkuk dan menyembah di hadapan tuhan berhalanya. Dia khuatir suaminya yang sudah tua itu mati dalam kekafiran. Sebaliknya Amr pula khuatir kalau anak-anaknya terpengaruh pada ajaran Islam. Dia tidak mengetahui bahawa isteri dan anak-anaknya sudah meninggalkan agama jahiliahnya.
Apabila mendengar bahawa ketiga-tiga anaknya telahpun masuk Islam, dia gusar dan dipanggilnya mereka.
"Cuba kamu ucapkan apa yang di dengar dari pendakwah Makkah itu!" kata Amr kepada anaknya Mu`adz
Mu`adz membacakan surah Al-Fatihah dengan bagus seperti yang diterimanya dari Mus`ab bin Umair.
"Bagus betul kata-kata itu. Apakah semuanya kata-katanya bagus seperti itu?" tanya Amr sebaik saja selesai mendengarkan surah Al-Fatihah yang dibaca oleh anaknya.
"Bahkan lebih bagus daripada itu. Bersediakah ayanh berbaiah kepadanya? Ketahuilah bahawa orang ramai di bawahkepimpinan ayah telah masuk Islam semua." kata Mu`adz
Orang tua itu diam sebentar kemudian berkata: "Aku tidak akan berbuat demikian sebelum berbincang dengan tuhan Manat."
"Ayah, Manat itu kan hanya benda mati, bagaimana dia boleh menjawab." kata Mu`adz.
"Aku katakan padamu, bahawa aku tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan dia>" tengking Amr.
Sebagaimana biasa Amr bin Jamuh membawa minyak wangi yang bermutu tinggi untuk digosok-gosokkan kepada "tuhannya". Setelah itu dia membungkukkan badannya tanda menembah dan mengagungkannya.
"Wahai Manat! Orang-orang telah mempengaruhi aku agar memeluk agama baru dan meninggalkanmu, tapi aku tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa berbincang denganmu. Berilah aku petunjuk, wahai Manat." kata Amr kepada berhalanya.
Sudah tentu Manat yang dibuat oleh manusia itu tidak dapat berkata-kata, bahkan merasakan sesuatupun tidak. Bukankah dia telah dipalu, ditukul dan diparang oleh orang yang membuatnya dahuluy? Boleh jadi tukang yang membuat berhala tersebut telah terkentu di atasnya, namun dia tidak merasakan apa-apa dan tidak marah.
"Mengapa engkau tidak menjawab? Agaknya engkau marah kepadaku ya? Tak apalah esok aku tunggu jawapanmu.? kata Amr lagi
Pada sebelah malamnya ketika Amr sedang tidur, anak-anaknya yang telah Islam mengeluarkan Manat dan dihumbankannya ke dalam kolam tempat pembuangan najis Bani Salamah. Tidak ada seorangpun yang mengetahui hal itu.
Pagi-pagi benar, Amr telah pergi ke tempat berhalanya untuk melakukan penyembahan. Akan tetapi, alangkah terperanjatnya apabila didapati Manat telah hilang.
"Celaka...celaka......Kemana tuhan kita? Siapa yang mencurinya malam tadi?" teriak Amr.
Tak seorangpun yang menjawab. Amr marah-marah. Dia lalu sibuk mencari kesana sini dan berhasil menjumpai Manat di tempat pembuangan najis dalam keadaan terbali, kaki keatas dan kepala ke bawah.
"Alamak......kasihnya." kata Amr.

Maka sambil menahan bau najis busuk, dia menarik Manat ke atas lalu dimandikannya dan diberinya minyak wangi. setelah itu diletaknya di tempatnya semula.
"Demi Allah sekiranya aku tahu siapa yang mencuri dan menganiaya engkau, nescaya aku hukum dia." kata Amr kepada "tuhanya" iru.
alam kedua, anak-anak Amr beraksi lagi, dan seperti malam semalam, mereka mencampakkan Manat ke dalam takungan najis lagi. Pagi-pagi ketika Amr akan mengadakan sembahyang, ternyata "tuhanya" telah hilang lagi.
Diapun berlari ke tempat takungan najis, tenyata Manat sudah ada disana dalam keadaan seperti semalam. Dengan penuh setia, dia menarik "tuhannya" lalu dimandikan dan biberi minyak wangi setelah itu disembahnya sambil meminta maaf.
Pada malam ketiga, demikian juga. Amr mendapati Manat telah hilang dan dijumpainya ditempat yang sama, yakni di tempat takungan najis manusia. berhala malang itupun ditariknya, dimandikan dan disapukannya minyak ke sekujur tubuhny. Sekaran, Amr sudah hilang savar lalu diambilnya sebilah pedang dan digantungkan ke leher Manat sambil berkata: "Hai Manat! Sehingga kini aku tidak dapat ,mengesan orang yang selalu menganiaya engkau. Sekiranya engkau sanggup, tebaslah orang yang akan menganiaya engkau. Nah, ini pedang untukmu!"
Kemudian Amr pergi tidur. Di tengah malam, anak-anaknya membawa keluar Manat lalu diikatkannya menjadi satu dengan bangkai seekor anjing. Setelah itu diheretnya ke tempat pembuangan najis lalu dihumbankan ke dalamnya dengan kepala ke bawah. Pagi-pagi apabila Amr akan melakukan penyembahan, "tuhannya" telah hilang lagi. Sedangkan pedang yang digantungkan di lehernya dijumpai disitu.
"Kemana lagi tuhan kita....? Siapa lagi yang mencurinya?" kata Amr sambil berlari menuju ke tempat pembuangan najis.
Di tempat pembuangan najis itu, Amr menjumpai Manat dalam keadaan diikat menjadi satu dengan bangkai anjing dan sekujur tubuhnya berlumuran najis manusia. Busuknya bukan alang kepalang. Agak lama juga Amr menatap berhalanya sehingga beberapa orang kaumnya yang sudah islam menegurnya: "Tidak ada gunanya lagi engkau membela Manat. biarkan saja ia di situ."
"Kalau benar engkau Tuhan, nescaya engkau tidak akan mahu masuk ke dalam takungan najis bersama-sama bangkai anjing busuk seperti ini." kata Amr tiba-tiba. "Cis.engkau bukan tuhan. Sekarang akupun menghinakan engkau. Tempatmu memang terlalu buruk dan hina."
Amr bin Jamuh pulang menemui anak-anaknya dan menyatakan diri masuk Islam. Sementara Manat yang diagung-agungkan dan disembahnya selama ini kekal didalam takungan najis bersama-sama bangkai anjing.